Suatu hari nanti, bila kau sudah matang, kau akan tahu, apa yang dimaksudkan oleh aku.

.

906.

MAK
Bicara tak seberapa
Lagi kongsi cerita
Tapi
Kadang kau ketawa juga
Untuk perkara yang biasa.

Aku tahu,

Kita sama ego
Susah mahu mengaku sayang
Diam seribu bahasa
Tapi
Dalam hati kita masih cinta.

Aku tahu,

Kita selalu beda pendapat
Dan semua betul belaka
Walau sudah terang salahnya.

Aku tahu,

Hati kau sakit berkali
Aku mohon maaf

Atas kertas kosong
Aku tulis
Tiga patah kata utama
Aku sayang kau
Dengan p/s
Sampai mati mak ;
Sampai aku mati.

//

Selamat Ulang Tahun Kelahiran.

Harap hidup kau bahagia
Bersama kita sekeluarga.
:)

2 comments:

Najwa Samlan said...

Amin.selamat hari jadi kepada mak kau :D

DY▲ Z▲I said...

NS : Thank you :)