Suatu hari nanti, bila kau sudah matang, kau akan tahu, apa yang dimaksudkan oleh aku.

.

Kosong.

Jangan ditanya lagi siapa di hati.
Kerna kau tahu kan, ia masih kosong.

Jahat.

Kita tak boleh halang manusia buat jahat.
Kita tak boleh label mereka macam macam.
Sebab kita tak tahu apa yang mereka rasa.
Apa yang terjadi pada mereka suatu masa dulu.
Dari cakap sampah.
Lebih baik berfikir.
Dan pergi mengenali.
Kalau tak mampu.
Sila tutup mulut.

Tahu.

Kadang aku nak tahu semua apa sebabnya.
Dan kadang tu aku tak nak tahu pun.
Sebab bila dah tahu.
Sepatutnya benda itu memang tak patut aku tahu.
Masalah dunia aku sekarang. Cis.

NS.

Ayuh. Ayuh.
Malaikat nak datang ambil buku buku.
Buku usang selama setahun berlapuk.
Lebih tebal muka suratnya di bahu kiri.
Ringan disebelah kanan.
Nisbah yang tak sekata.
Rejab sudah lepas.
Tapi masih diterima juga permohonan ampun.
Maka, diminta halal makan minum.
Minta maaf atas kata kata tak siuman.
Kasar. Carutan. Dan sekutunya.
Harap kita dipanjangkan umur untuk menebalkan lagi buku dibahu kanan.
Jaminan dibalas syurga bila tiba masanya nanti.
Amin.