Suatu hari nanti, bila kau sudah matang, kau akan tahu, apa yang dimaksudkan oleh aku.

.

#Senorita.


Di atas rasa tanggungjawab dan sendiri rasa semangat nak baca.
Aku nak tolong promote zine ni. 
Sila berbesar hati untuk membelinya :)

Untuk keterangan lebih lanjut, boleh ke SINI.

//

Dengan fikiran berselerakan Gin terbaring kaku memeluk tubuh sendiri dan dalam keadaan macam itu dia cuba memusingkan badannya tetapi tak boleh. Serbuk halus yang disedutnya tadi jadi penyebabnya. Gin masih berkeadaan statik. Dia terkencing. Basah hampir ke peha. Dibiarkan saja. Dia malas. Sangat malas. Nak buat macam mana penangan koken memang terrukss. Terus dia berkhayal melupakan kisah perit silamnya. Fuh rasa nak berak. Malas nak bangun. Lagu Iggy Pop berputar masuk dalam gegendang telinga dan akhirnya Gin terlelap meninggalkan lagu dimain berulang ulang.

Ahad.


Petang yang usang.
Guruh bersuara.
Tanda nak hujan.

/

Perut gelodak meraung raung tanda nak berak, eh bukan cuma angin. Bodoh. Aku tak tahu apa aku rasa sekarang. Kenapa macam ni? Mana orang sekeliling pergi? Mati? Eksiden? Bodoh. Mana pemetik api? dalam poket takda. Dia pun nak hilangkan diri. Kenapa semua buli aku. Terangnya dunia luar. Sakit mata. Dah lama aku tak keluar rumah. Bukan sekarang musim hujan ke? Kenapa aku rasa dah lama tak jumpa Sid. Tadi baru aku nampak dia dalam kereta bersama perempuan. Perempuan mana lagi dia angkut. Biarlah itu cerita dulu. Humm haaah nyaman juga dunia luar. Selalu duduk dalam bau asap daun je. Bosan. Hari hari terbaring dan melayang. Kan bagus ada pintu suka hati doraemon. Boleh terus bawa aku ke syurga.