Suatu hari nanti, bila kau sudah matang, kau akan tahu, apa yang dimaksudkan oleh aku.

.

000.

Cintai aku,
Tak semudah sebutan abjad-
Tak sepayah algebra.
Sehingga kau menari tanpa henti,
Sehingga kau perlu selam kan diri,
Lemas,
Lalu jatuh dalam gelap.
Terperangkap.
Dan mati.

Kasihan.
Tak perlu semua itu.
Mudahkannya dengan pecahan.
Mungkin bahagi?
Supaya kau tahu, cintai aku itu,
Tak perlu semanis rasa.
Tak juga sepahit celaka.


Kerna,
Aku, manusia apa adanya.



789.

Ex-band mate sudah berkahwin
dan baru sahaja menerima rezeki seorang bayi,
semalam.
Tahniah.

HAHA.

580.

*Tak semua setuju dengan percakapan, perbuatan kita.
*Tak semua suka bersama kita dua puluh empat jam.
*Tak semua faham tentang diri kita walaupun dia adalah seorang kawan baik.

Dan,
Jangan tinggal bersama kawan terlalu lama.
Bagi masa untuk diri sendiri juga.

3102.

Setahun sudah berlalu.
Boleh la aku sebutnya sebagai kenangan.
Keruh dibuang, jernih diambil.
Kalau ada rasa yang disimpan, buangkan dan ganti dengan kemaafan.

Harapnya yang baik baik sahaja.
Selamat tahun dua kosong tiga belas.