Suatu hari nanti, bila kau sudah matang, kau akan tahu, apa yang dimaksudkan oleh aku.

.

Lukisan.

Adakah kau masih ingat lukisan yang diconteng dengan marker pen berdakwat hitam pada dinding papan?
Adakah kau masih ingat lukisan muka kau di kertas putih A4 semasa aku dalam keadaan separuh sedar?


Walaupun dinding papan sudah dicat penuh dengan warna hitam.
Walaupun lukisan muka kau entah kemana.

Aku disini, dalam otak ini, hati ini, masih ingat lagi setiap perincian pada setiap lukisan yang pernah kita ada.

6.

Berlari anak mengejar waktu
Semakin dekat masa tertulis di tiket
Mujurnya masih sempat

Doa mengiringi naiknya pesawat
Condong ke atas melawan graviti
Cerahnya langit menembus tingkap
Aku memandang penuh syukur

Moga makanan cepat dihidang
Kerana perutku melontar bunyi
Berlaga dinding perut
Nasib ada langit vanila (WA) menemani

930am
Atas langit

Congrats.

Tahniah kepada kawan kawan yang dapat meneruskan pembelajaran ke peringkat ijazah.
Aku disini berdoa semoga semua akan berjalan lancar.
Dan kalian dapat menamatkan tepat pada waktunya.
//
Bagi yang tidak dapat. Jangan berputus asa. Bukan anda tak layak cuma belum ada rezeki.
//
Tuhan maha adil. Cuma kita tak tahu bila giliran kita.

5.

Untuk bulan september ini.
Aku berharap ia berlalu dengan pantas.
Sehingga akhir tahun.