Suatu hari nanti, bila kau sudah matang, kau akan tahu, apa yang dimaksudkan oleh aku.

.

Jujur

.

Tak ada siapa yang jujur dengan diri sendiri dalam semua perkara. Mana boleh kita tunjuk perangai sebenar depan orang. Orang suka menilai, orang penuh dengan hasad. Kenapa? Cis!

.

Tapi ada satu hal yang kau perlu tahu, dimana..

"Aku cuma mahu jujur perilaku aku hanya pada kau. Aku mahu menjadi manusia yang paling jujur pada kau, boleh?"

. 

Tapi ada satu hal yang aku lupa, dimana..

Bolehkah semua perkara yang aku jujur, kau terima?

.

Aku lupa, kau bukan Tuhan.
Cis!