Kehidupan Po sangat berbeza dengan orang lain. Tapi pasti ada juga yang sama cuma jumlahnya sedikit berbanding kehidupan orang biasa. Po tidaklah seistimewa mana, tapi Po agak berlainan. Dari umurnya dua tahun Po ditinggalkan oleh ibu bapa nya. Dia selalu dibodohkan, dicaci maki, dikutuk mahupun dari darah dagingnya sendiri. Po tak mempunyai adik, abang atau kakak. Dia cuma hidup sendiri hingga dia membesar dan sekarang sudahpun berusia dalam lingkungan 20an. Disebabkan dia selalu dianak tirikan oleh kaum sedaranya, Po mula terjebak dalam perkara negatif sejak belasan tahun lagi. Mulalah dia mengambil barang terlarang dan belajar mabuk. Agamanya juga dah hilang dicampaknya. Tapi Kia suka dengan Po sebab dia punya pendiriannya sendiri. Po tidaklah jahat. Dia tak membunuh. Dia tak merompak. Dia manusia biasa cuma pendiriannya nampakkan dia sangat berbeza dengan orang yang pernah Kia kenal sebelum ni. Mungkin apa yang Kia cakap ni adalah perkara yang biasa didengar. Tapi bagi Kia yang melalui hari hari seperti orang biasa sangat mengujakam bila Kia dapat kenali dia. Banyak hendak dicerita tapi biarlah Kia saja yang menyimpannya.
Po, semoga kau sihat sihat saja.
Sayang dari Kia, bekas teman wanita kau yang selalu ada bersama susah dan senang, dahulu.


6 comments:
kisah cinta yang baik:)
;)
ini namanya bercinta dengan hati yg ikhlas.
Sangat ikhlas..
G (:
:((
Post a Comment